RPH BM Pemulihan

RPH BM Pemulihan

katalog alamat internet

katalog alamat internet
Kerja Masa Cuti untuk Semua murid Tahun 5K
Latihan 1
Buat rujukan dalam katalog dan buat ulasan tentang tajuk yang dipilih .
Latihan 2
Tuliskan 2 buah karangan berpandukan katalog video" Arnab yang sombong " dan katalog teks " Kebaikan dan Keburukan Internet "

Lawatan Ke Kuala Lumpur


Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur

Tarikh : 30 Oktober 2010

Masa : 7.30 pagi hingga 10 malam

Penglibatan : Semua Murid Tahun 6






Lokasi : Batu Cave

Sambutan Hari Kanak-Kanak

Sekolah menyambut Hari Kanak-Kanak pada minggu pertama bulan Oktober tiap-tiap tahun. Hari ini adalah hari yang paling gembira bagi kanak-kanak sekolah.

Pada Hari Kanak-Kanak,saya tiba di sekolah lebih awal dari biasa. Murid-murid semuanya kelihatan tersenyum-senyum kerana suka hati. Pada pukul 8.00 pagi, kami masuk ke tapak perhimpunan sekolah untuk menyaksikan persembahan silap mata.

Selepas itu, murid-murid pun balik ke bilik darjah masing-masing. Kemudian guru darjah pun membahagikan bungkusan hadiah kepada murid-murid. Dalam bungkusan itu ada gula-gula; biskut, minuman kotak, kek dan lain-lain lagi.

Hari Kanak-Kanak merupakan hari yang penuh erti bagi semua kanak-kanak di dunia. Kanak-kanak adalah harapan bangsa dan tiang negara pada suatu masa kelak. Jadi semua kanak-kanak harus belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi rakyat yang baik.

MISI


MISI JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

Melaksanakan sistem pendidikan dengan berkesan bagi memperkembangkan potensi individu ke arah memperkembangkan insan yang berketrampilan, seimbang dan cemerlang untuk memenuhi kehendak falsafah pendidikan kebangsaan.


MISI SEKOLAH

Berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum sahsiah, pengurusan kewangan, pengurusan fizikal dan perhubungan luar sekolah.

VISI

VISI

VISI JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

Pendidikan Berkualiti, Terbilang dan Bertaraf Dunia Menjelang Tahun 2010.

VISI SEKOLAH

SJK(C) Kg. Baru Tampin menjadi Sekolah Cemerlang di Negeri Sembilan menjelang Tahun 2015.

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini ditubuhkan pada 1.11.1951 iaitu dalam zaman darurat di mana penduduk-penduduk di kawasan pendalaman dan kawasan pinggir seperti kebun sayur, kebun getah dan dusun dipindahkan ke suatu kawasan baru yang dipanggil Kampung Baru supaya mereka selamat daripada ancaman anasir komunis

Sebelum penubuhan Kampung Baru Tampin, lebih kurang 30 orang murid sekolah ini belajar di sebuah rumah kosong dan dinamakan ‘Sekolah Cina Chiao Zi’ pada tahun 1946 di kawasan kebun sayur Batu Belang, Tampin. Guru Besar yang pertama di sekolah ini ialah En. Lan Shi Hong. Setelah Kampung Baru Tampin ditubuhkan pada tahun 1951, beberapa orang pemimpin kampung ini merancang dan mendirikan sebuah sekolah daripada kayu hutan, papan dan atap rumbia di tapak sekolah sekarang. Sebahagian daripada bahan binaan itu adalah daripada sekolah lama dulu yang diangkut dengan kereta lembu ke kampung yang baru didirikan.

Guru Besar yang pertama di sekolah ini ialah En. Wong Kwang Siaw dan di bawahnya ada dua orang guru lagi. Pengerusi LPS yang pertama ialah En. Pang Loo.

Pada tahun 1952, En. Wong Kwang Siaw meletak jawatan dan En. Lee Yuen Yee menggantikan beliau sebagai Guru Besar. Bilangan murid sekolah ini mula bertambah lebih daripada 200 orang dan gurunya 8 orang. Oleh itu 2 bilik darjah lagi yang berbumbung zink telah dibina.

Pada 1966 satu bumbung tambahan seluas 300 kaki persegi telah dibina oleh PIBG dengan kos RM2,500.00. Dalam tahun 1968 sebuah tandas dibina dengan kos RM10,000.00.Pada penghujung tahun 1968, En. Lee Yuen Yee meninggal dunia dan En. Kwang Tee Soon menggantikan beliau sebagai Guru Besar yang ketiga. Dalam tahun 1973, satu blok bangunan konkrit yang mempunyai 4 bilik darjah telah dibina untuk menggantikan 2 bilik darjah yang dibina dengan papan.

Pada tahun 1986, dengan bantuan daripada YB En. Lay Chun Tai, ADUN Kawasan Repah, sekolah ini berjaya mendapat peruntukan sebanyak RM50,000.00 untuk membina satu blok bangunan 5 bilik darjah dengan cara bergotong-royong.

Pada bulan Februari 1992, En. Kwang Tee Soon bersara dan beliau diganti oleh En. Chong King Ian mulai 1.5.1992. Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah ketika itu ialah En. Wong Kwee Siong dan Pengerusi PIBG ialah En. Chong Yu yang kemudian diganti oleh En. Chong Han Kiah pada awal tahun 1997

Oleh kerana bilangan murid semakin bertambah, pihak sekolah telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pendidikan pada tahun 1994 untuk membina satu blok bangunan 2 tingkat yang mengandungi 8 bilik darjah. Dalam tahun 1995 RM25,000.00 telah diperuntukkan untuk penyelenggaraan bangunan sekolah.
Pada hujung tahun 1997, peruntukan RM50,000.00 diberi untuk membina 2 bilik darjah bagi mengganti rumah guru (kemudian digubahkan sebagai tadika) yang telah uzur. Selain daripada bilik darjah, bangunan ini juga digunakan sebagai pentas dan dewan. Satu bilik kecil lagi digunakan sebagai Stor Pendidikan Jasmani.


Pada 28.2.1998, bangunan sekolah ini dilanda ribut kencang dan sebanyak RM10,700.00 diberi untuk memperbaiki kerosakan bangunan serta menebang pokok.

Pada penghujung tahun 1998 satu lagi peruntukan sebanyak RM15,900.00 diberi untuk penyelenggaraan tandas, bekalan air dalam tandas dan membina gajah menyusu dari dewan ke tandas.


Pada penghujung tahun 1998, RM80,000.00 diperuntukan untuk pembinaan satu blok bangunan bilik darjah dan telah diubahsuai sebagai Pejabat Sekolah, Bilik Guru Besar, BilikGuru dan Makmal Komputer.

Pada 17.01.2000, En. Chong King Ian telah dinaikkan pangkat ke gred DGA34 dan ditukar ke SJK (C) Chung Hua, Kuala Pilah. Tempat beliau telah diambilalih oleh En. Lim Song Hai.

Pada 10.03.2001, En. Lim Song Hai ditukarkan sebagai Penyelia Sekolah Rendah di PPD Tampin/Rembau dan tempatnya diambilalih oleh En. Sin Geok Pheng yang ditukar dari SJK(C) Kg. Baru Gedok, Gemencheh.


MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN



Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Pengistiharan Kemerdekaan

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

zoom-A

Gunakan program ini sepenuhnya sebagai persediaan UPSR khas untuk mata pelajaran BM kertas 1. Semakan guru akan dibuat sebelum cuti semester bermula.

Semakan Keputusan Pra UPSR

Semua murid 6M diminta menyemak keputusan Pra UPSR masing-masing . Beritahu guru kelas segera jika terdapat kesalahan markah. Latihan di rumah, buat satu LAPORAN tentang pencapaian kelas dalam penilaian Pra UPSR. Tarikh hantar - sebelum 28 Ogos 2010.

Keratan Akhbar

Murid-murid diminta menggunakan pautan akhbar tempatan untuk tujuan aktiviti keratan akhbar. Pilih mana-mana tajuk yang sesuai dan menarik serta buat catatan dalam buku Laporan Catatan Mingguan.

TUGASAN MINGGUAN

Bina sebuah karangan autobiografi bertajuk :
" Aku seekor kucing ". Karangan anda haruslah tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Sila hantar kepada saya pada atau sebelum 30 Jun 2010 di bilik guru.

Tugasan Masa Cuti

Tugasan Cuti Sekolah

1. Karangan bertajuk " Kegunaan Pusat Sumber "
2. Ulasan petikan latihan 10

Cikgu sedang belajar di IPG Raja Melewar Seramban. Sila hantar tugasan melalui email cikgu dalam tempoh seminggu.